Mar 14, 2022 - FASPasukan futsal Selangor MAC rasmi mengekalkan takhta kejuaraan liga Cuckoo Malaysia Premier Futsal League (MPFL) semalam selepas berjaya meraih tiga mata kemenangan menentang Shah Alam City minggu lalu.
Selangor MAC dengan gahnya mencatat 12 kemenangan daripada 14 perlawanan yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic sejak awal bulan Januari yang lalu.
Menurut ketua jurulatih Selangor MAC, Addy Shairullyzam Mohd Shafie, pasukannya berusaha keras untuk mencapai kemenangan ini.
“Biarpun kita bermula dengan kekalahan pertama menentang pasukan Negeri Sembilan, disitulah semangat mula pemain berubah. Usaha dan kesungguhan mereka yang membawa Selangor MAC berjaya mengekalkan kejuaraan kedua MPFL tahun ini,
“Hasil daripada kerja keras mereka jugalah latihan yang kita rangka selama ini menjadi dan dapat memperbaiki kesilapan-kesilapan yang lalu untuk mengekalkan momentum kemenangan sehingga ke perlawanan minggu lalu,”
Berikut adalah keputusan Sirkit 6, 7, 8 & 9 Selangor MAC:-
Sirkit 6
SELANGOR MAC 6-4 PERAK
KPT MUSTANG 3-5 SELANGOR MAC
Sirkit 7
PULAU PINANG 2-5 SELANGOR MAC
Sirkit 8
SELANGOR MAC 3-2 TOT UNITED
SHAH ALAM CITY 0-1 SELANGOR MAC
Sirkit 9
SELANGOR MAC 2-2 PAHANG RANGERS FC
Keputusan perlawanan Sirkit 1 & 2 serta Sirkit 3& 5.
Daripada 14 perlawanan, Ekmal Shahrin menjadi satu-satunya pemain yang berjaya menyenaraikan dirinya beraksi dalam kesemua perlawanan. Selain itu, Saad Abd Sani, Danial Dain dan penjaga gol Azrul Hadee bermain untuk 12 perlawanan. Seterusnya, Syed Aizad, Azwann Ismail, Matheus Vasconcelos Silva dan Adham Yusri pula bermain dalam 11 perlawanan.
Selangor MAC telah menghasilkan sebanyak 64 jaringan gol setakat ini. Ekmal Shahrin dan pemain import pasukan, Matheus Vasconcelos Silva telah menjaringkan masing-masing 14 gol. Kedua-dua pemain ini telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Cuckoo MPFL 2022 semalam.
Seterusnya, Ekmal Shahrin dan Khairul Effendy telah menjadi pembantu jaring gol terbanyak setakat ini dengan lapan bantuan diikuti oleh Matheus Vasconcelos Silva dengan tujuh bantuan gol.
Menjuarai Cuckoo MPFL 2022, Selangor MAC bersama tujuh pasukan teratas liga berjaya melayakan diri ke Piala Futsal Malaysia pada yang akan berlangsung pada bulan Jun ini yang pertama kali bakal dibuat bermula musimi ni.
Selain itu, lima pemain Selangor MAC, Azrul Hadee (penjaga Gol), Syawal Sabaruddin, Khairul Effendy, Azwann Ismail, dan penjaring tempatan terbanyak, Ekmal Shahrin berjaya menyenaraikan diri mereka menyertai kem latihan pusat skuad futsal Harimau Malaya bermula Rabu, 16 Mac 2022 di Arena Futsal, Wisma FAM, Kelana Jaya bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2022 di Bangkok, Thailand dari 2 hingga 10 April 2022.
Pihak pengurusan mengucapkan segulung tahniah kepada pasukan Selangor MAC atas kemenangan kedua berturut-turut liga Cuckoo Malaysia Premier Futsal League (MPFL). Semoga dapat mengekalkan pencapaian in untuk saingan seterusnya pada bulan Jun ini. Tahniah Red Giants!
Demi Kebanggaan